20 April 2012

5 Tujuan Seks

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Antara motif atau tujuan seks yang sedia menjadi tuntutan nafsu syahwat atau nafsu berahi setiap makhluk yang bernyawa, khususnya manusia, ialah:




  1. Untuk menambah dan meneguhkan keeratan hubungan antara kedua-dua anggota pasangan lelaki dan perempuan atau suami isteri terbabit secara  terus menerus sehingga masing-masing anggota pasangan atau suami isteri berkenaan tidak sanggup untuk berpisah selepas ianya disatukan sebagai pasangan suami isteri ke akhir hayat masing-masing.


  1. Untuk menanam dan terus memupuk rasa kasih sayang antara satu sama lain di kalangan pasangan suami isteri atau lelaki perempuan yang ianya  sudah sedia menjadi tujuan asas ikatan pasangan suami isteri itu sendiri diwujudkan. Sehingga masing-masing pihak terbabit sentiasa sanggup dengan kerelaan hati saling serah menyerahkan tubuh badan serta sesuatu yang tidak sepatutnya diserahkan kepada orang lain, kecuali kepada anggota pasangan suami isteri mereka sendiri.


  1. Demi kepentingan memenuhi dan meyempurnakan tuntutan nafsu syahwat atau nafsu berahi pihak-pihak yang terbabit, yang sudah sedia dibekalkan sejak semulajadinya lagi, sesuai dengan pelbagai rupa pengaruh rasa keseronokan hidup.



  1. Untuk membuka ruang memberi laluan mudah kepada kehidupannya sebagai seorang insan yang berkeupayaan dalam menympurnakan tuntutan nafsu syahwat atau nafsu berahi yang dibekalkan kepadanya.

  1. Demi kepentingan pembiakan keturunan zuriat kedua-dua pihak, kerana menyahut dan menerima amanah daripada Penciptanya untuk memakmurkan dunia di samping memenuhi saranan pemimpin agung umat Islam, baginda Rasulullah SAW yang menegeaskan, baginda akan berbangga dengan bilangan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

1 comment: