24 April 2012

Seks - Pengaruh Perbezaan Keluar Mani

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓

Mengikut kata Syeikh Ibni Hajar di dalam syarah Bukhari, bahawa perbezaan keluar mani antara satu sama lain di kalangan suami isteri, besar kemungkinannya memberi kesan mempengaruhi paras wajah anak-anak yang dilahirkan.




Suami yang keluar mani dahulu
Seandainya suami mendahului isterinya keluar mani serta lebih banyak dari isteri, kesannya akan memperolehi anak lelaki, yang paras wajahnya dipengaruhi oleh paras wajah bapanya.


Isteri yang keluar mani dahulu
Jika isteri mendahului suaminya keluar mani serta lebih banyak dari suami, kesannya mereka akan memperolehi anak perempuan di mana paras wajah si anak berkenaan dipengaruhi oleh paras wajah ibunya.


Suami yang keluar mani dahulu tetapi sedikit
Andaikata suami mendahului isteri keluar mani, tetapi sedikit, kemudian diikuti oleh isterinya keluar mani dengan banyak melebihi mani suaminya, maka kesannya, mereka akan memperolehi anak lelaki yang paras wajahnya dipengaruhi oleh paras wajah si isteri.


Isteri yang keluar mani dahulu, tetapi sedikit
Jika isteri mendahului suami keluar mani, namun maninya sedikit, kemudian diikuti oleh suaminya keluar mani dengan banyak melebihi mani isterinya, maka kesannya mereka akan dikurniakan anak perempuan yang paras wajahnya dipengaruhi oleh paras wajah bapanya.

Suaminya yang keluar mani dahulu tetapi sama banyaknya
Bilamana suami mendahului isterinya keluar mani, kemudian diikuti pula oleh isterinya keluar mani dalam keadaan bersamaan banyaknya mani antara satu sama lainnya, maka kesannya, mereka akan dikurniakan anak lelaki, namun paras wajah si anak lelaki berkenaan tidak dipengaruhi oleh paras wajah ibunya dan tidak juga dipengaruhi oleh paras wajah bapanya.

Isteri yang keluar mani dahulu tetapi sama banyak
Apabila isteri yang mendahului suaminya keluar mani, namun mani mereka bersamaan banyaknya, maka kesannyamereka akan memperolehi anak perempuan, di mana paras wajah si anak perempuan berkenaan tidak memihak kepada pengaruh paras wajah mana-mana pihak. Tidak memihak kepada pengaruh paras wajah ibunya dan tidak juga memihak kepada pengaruh paras wajah bapanya.

No comments:

Post a Comment