|
Wanita
adalah makhluk yang mempunyai berbagai keistimewaan. Selain dari
lambat bangkit syahwatnya, lubuk-lubuk syahwat wanita tidak kekal
berada pada satu tempat malah berubah-ubah mengikut waktu. Sebagai
suami, seseorang lelaki patut tahu perkara ini dan menjelajahi
seluruh tubuh isteri bagi melakukan rangsangan serta menumpukan
rangsangan pada lubuk-lubuk yang paling responsif pada waktu itu.
Secara
umumnya lelaki tidak perlukan rangsangan yang menyeluruh sebagaimana
wanita kerana biasanya lelaki akan cepat terangsang akibat
penglihatan, hiduan dan aksi menyentuh. Walaupun begitu, sebagai
langkah menyediakan suami agar sampai ke tahap cukup bersedia untuk
jima' dan akan tahan lama, berikut adalah lubuk-lubuk ghairah atau
zon berahi bagi kaum lelaki:
1. BELAKANG TELINGA
Ada
lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga. Jangankan
dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian. Saat
dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan
menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang kala
lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada
pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.
2. TELINGA
Cuba
teka kenapa pasangan anda sering mencumbui/menjilat/mengigit telinga
anda? Jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi
perhatian yang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A
Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi
kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan
pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki
akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dijilat.
3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut
ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan
urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah
daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif
terhadap sentuhan. Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak
saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila
disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang
tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah
ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.
4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai
yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan
tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan
yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis.
Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah
pasti gejolak seks anda meluap-luap.
5. PANGKAL LEHER
Gigitan
kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher
hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki. Ketegangan
pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan
membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera.
6. ATAS BIBIR
Bahagian
muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya
hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda
dalam keadaan yg penuh nikmat. Apatah lagi bagi lelaki bermisai
nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan
lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan
membuat sentuhan lebih bermakna.
7. KULIT KEPALA
Antara
sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.
Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian
kepala. Kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu
banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba
pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan
menjalar.
8. PUTING
Puting
lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan
pada puting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkan supaya
pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari
jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah
tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu tahap
ghairah anda meningkat. Tapi walau apa pun yang dibuatnya pada puting
anda pastikan ia tidak deperlakukan dengan kasar kerana ia akan
menjejaskan ghairah.
9. TAPAK TANGAN
Tapak
tangan antara daerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat
kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika
diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah
anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.
10. JEJAK CINTA
Jejak
cinta terletak diantara pusat hingga ke rerambut kemaluan. Kawasan
ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan
erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan
seluruh jari (ini boleh dicuba sendiri)
11. TULANG TONGKENG
Kedudukan
tulang tungking terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang.
Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan
lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang
luar biasa kepada anda.
12. TULANG PINGGUL
Bahagian
ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan
dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas
atau digigit.
No comments:
Post a Comment