23 April 2012

Seks - Petua Malam Pertama

↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ Klik Sini ↓ ↓ ↓ ↓ ↓ ↓


Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru. Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri.




Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama.


Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru. Untuk mencapai kenikmatan bersama beberapa perkara harus diberi perhatian oleh kedua-dua pengantin.


Persiapan Fizikal
Pengantin perempuan kebiasaanya lebih penat memandangkan kebanyakan mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkhawinan. Sebaiknya, si suami hendaklah melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukannya. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan. Sekiranya pasangan kepenatan, apa salahnya menunggu keesokan harinya dimana kedua-duanya sudah bersedia untuk melalui malam pertama.



Persiapan Mental
Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar bersiap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksima kerana ketidaksediaan mental dan psikologi oleh pasangan pengantin baru.

Jika salah seorang daripada anda belum bersedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia pada malam pertama yang bakal dilalui.

Cukupkan Ilmu Di Dada
Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ia boleh diibaratkan anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai, anda hanya mendengar. Apabila sudah sampai, anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Jadi, sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini, pastinya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif
Apakah anda telah tahu tentang bahagian tubuh yang sensitif terdadap rangsangan pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.

Jangan Makan Berlebihan
Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama, sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak. Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah
Peristiwa pada malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.Peristiwa pada malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.

1 comment:

  1. Info yang amat berguna dan bermanfaat buat mereka yang akan berkahwin terutamanya bakal suami agar dapat menjalankan "Tugas" dengan cemerlang di malam pertama yang mendebarkan... :)

    Jika anda info lebih lanjut mengenai petua malam pertama ini, anda bolehlah KLik Sini

    ReplyDelete